Khas Untuk Lelaki... Zinc Complex Shaklee



Zink



Zink amat diperlukan dalam fungsi biologi dan memainkan peranan yang penting dengan lebih 300 enzim di dalam tubuh manusia. Terdapat lebih kurang 2-3 gram kandungan zink di dalam tubuh manusia dewasa. Zink boleh dijumpai di dalam semua bahagian badan (organ, tisu, tulang, cecair dan sel). Otot dan tulang mengandungi hampir 90% daripada kandungan zink di dalam badan. Zink berkepekatan tinggi pula berada di dalam semen dan kelenjar prostat.


Kepentingan Zink


Pertumbuhan dan pembahagian sel-sel badan - Banyak peranan semasa tempoh kehamilan di mana sel-sel fetus membahagi untuk pembesaran dengan kadar yang cepat. Ia juga membantu untuk mengelakkan kecacatan sebelum lahir dan mengelakkan kelahiran pra-matang. Sangat diperlukan untuk pertumbuhan yang aktif (tinggi, berat dan perkembangan tulang) semasa peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja. 

Kesuburan - Melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan (prostatitis) seterusnya mengelakkan pembengkakan (prostatic hypertrophy). Ia juga mengawal bilangan dan pergerakan sperma, serta memastikan paras normal untuk serum testosteron. 

Membantu melegakan masalah semasa haid (seperti senggugut) serta mengurangkan simtom-simtom yang berkaitan dengan sindrom pra-haid (PMS). 


Sistem imun - Pengaruh yang paling kuat dalam sistem imun. Ia memainkan peranan yang unik di dalam sel-T (T-cells). Paras zink yang rendah mengurangkan dan melemahkan T-cells untuk mengenalpasti dan melawan sesetengah jangkitan. Kandungan zink yang tinggi telah membuktikan keberkesanan untuk melawan radang paru-paru (pneumonia), cirit-birit dan jangkitan lain. Zink juga mengurangkan tempoh dan kadar jangkitan selsema. 

Deria rasa, bau dan selera makan - Mengaktifkan kawasan di dalam otak yang menerima dan memproses maklumat untuk deria bau dan rasa. Paras zink di dalam plasma serta kesan zink selepas bertindakbalas dengan nutrien seperti kuprum (copper) dan mangan (manganese), mempengaruhi selera dan pemilihan rasa. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit aneroksia.
Kulit, rambut dan kuku - Zink menggalakkan permbaharuan sel-sel untuk kulit, rambut dan kuku. Ia sangat penting untuk membuat rambut yang sihat. Kekurangan zink boleh menyebabkan keguguran rambut, urat rambut yang nipis tidak bermaya serta mempercepatkan rambut beruban. 

Penglihatan - Kandungan zink berkepekatan tinggi dapat dijumpai di dalam retina mata. Seiring dengan peningkatan umur, kandungan zink di dalam retina juga akan berkurangan yang boleh menimbulkan masalah penglihatan. Zink juga membantu mengelakkan rabun malam dan katarak. 


Sumber Zink

Daging, ayam, ikan/seafood, bijirin penuh dan produk tenusu mempunyai kandungan zink yang tinggi. Kandungan zink agak kurang di dalam makanan berasaskan tumbuhan kerana fiber dan asid phytic di dalam tumbuhan menghalang penyerapan zink oleh tubuh.



Siapa yang memerlukan Zink? 

Lelaki dan wanita (dari bayi hingga warga tua) 

Wanita mengandung (mengelakkan diabetes semasa hamil) dan menyusu 

Orang yang menjalani pembedahan atau mempunyai masalah gangguan pencernaan (seperti ulsur kolitis atau penyakit Crohn) 

Vegetarian kerana mereka tidak memakan daging yang merupakan satu sumber zink yang baik 

Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi melebihi umur 6 bulan. Makanan seperti daging puri adalah disarankan 

Penagih alkohol kerana minuman beralkohol mengurangkan kadar zink yang diserap oleh badan dan meningkatkan jumlah yang hilang melalui urin 

Orang yang mempunyai penyakit sel sabit (sickle cell desease


Kenapa pilih Zinc Complex Shaklee berbanding produk lain?


Dirumus dari gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium & serbuk alfalfa untuk hasilkan zink yang mudah diserap oleh tubuh. 

Sesuai untuk pengambilan jangka panjang 

Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh 


Cara Pengambilan Zinc Complex Shaklee Yang Berkesan

Makan 1 bji Zinc Complex Shaklee SEBELUM sarapan (masa perut kosong). 

Jangan makan bersama makanan dan minuman berkalsium kerana ia mengurangkan penyerapan. 

Elakkan pengambilan bersama supplemen yang lain. (Macam biasa jarakkan pengambilan dengan kafein dan air berkarbonat) 

Tidak mengambil bersama bijirin dan roti. 

1 botol Zinc Complex Shaklee mempunyai 120 biji dan tahan selama 4 bulan! 


Harga pasaran untuk 1 botol Zinc Complex Shaklee ialah RM33 bersamaan lebihkurang 30sen untuk sebiji (1 hari = 30sen). Berbaloi kan? Hubungi saya untuk borak-borak cerita tentang Zinc Complex Shaklee!


Sherli Rosley
Shaklee ID : 1096554
80sherli@gmail.com
019 386 6220

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

(TIADA PENYAKIT YANG ALLAH JADIKAN YANG TIADA UBATNYA - RIWAYAT OLEH ABU HURAIRAH)

No comments:

Post a Comment