Langkawi - Destinasi Percutian Idaman

Destinasi percutian idaman. Seriously, many years dan setelah bermacam perkara berlaku, topik ni tak menjengah dah minda. Target lebih banyak terarah pada hal pendidikan anak2 present & in future... Especially si adik yang special itu. Siap ada suara2 kecil lagi dalam diri ni berkata... "tak mungkin akan berlaku dapat berjalan pi mana2 sendiri." hahaha.
.
Hidup kita mengikut sangkaan kita juga kan? So, jom ubah persepsi! Ia pasti akan berlaku, sooner or later!
.
So, setelah bertanya-tanya (ops! lupa nak tanya pada Saybah! raincheck!), menggodek-godek, ditimbang-timbang... Pilihan hati jatuh pada LANGKAWI. Utamakan local travel dulu. Mudah nak dapatkan makanan yang dapat penuhi selera semua ahli keluarga yang nak dibawa bersama. Pilih tinggal di mana-mana hotel yang ada swimming pool. Ada breakfast. Ada laundry. Transport di sana mungkin tak perlu menyewa sebab ada kenalan yang ada aset di sana.
.
Kenapa Langkawi? Pemandangan pun dah cantik. Pastu BANYAK tempat menarik yang boleh pergi dan banyak aktiviti boleh buat yang dapat penuhi kehendak SEMUA peringkat umur serta tahap kesihatan. Budak-budak pun dapat knowledge dalam masa yang sama yang warga emas pun tak seksa nak berjalan. In the end nak semua rasa FUN! Ada Langkawi Sky Bridge, Dataran Lang, Langkawi Cable Car, Underwater World Langkawi, Gunung Raya, Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise, Pulau Payar Marine Park, 3D Museum, Taman Lagenda Langkawi & Air Telaga Tujuh. Tak cukup banyak lagi ke tu?
.
Dari kecil dah terbiasa seronoknya berjalan sekeluarga dengan adik beradik. Kami ada adik beradik yang komitmen kerjanya tinggi. Untuk nak bercuti tu memang betul-betul kena plan. Dah terbayang pula syoknya gelagat berjalan dengan 3A, Tok Mi, Atok, Mummy, Cu Di & Ayah Ahy.
.
Mungkin peruntukan RM700-RM1,000 seorang untuk airplane travel, penginapan, makanan, bayaran tempat-tempat lawatan dan shopping selama 4 hari 3 malam. Kata lah save RM 400 sebulan, dalam tempoh 2 tahun kot boleh gi.
.
Impian orang lain banyak tumpu pada keluarga sendiri consist husband + wife  +anak-anak kan? Impian percutian ni nak berjalan dengan SATU family besar jumlahnya 10 orang. Semoga impian terlaksana. Amin.
.

No comments:

Post a Comment