Sistem Imun
Tubuh manusia mempunyai satu mekanisma yang hebat dipanggil sistem imun. Ia membantu tubuh kita menentang berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang teruja untuk menyerang sel-sel dalam tubuh kita.
Sistem imun tubuh manusia adalah kompleks, rumit dan sangat menarik. Tanpa kita sedari, sistem imun bekerja dalam pelbagai cara 24 jam setiap hari. Kita dapat sedar tentang sistem imun kita hanya jika ia gagal berfungsi dan terjadinya kesan yang kita dapat lihat dan rasa.
Contohnya :
- Apabila kita luka atau terkena selumbar, segala jenis bakteria dan virus masuk ke dalam tubuh melalui bukaan di kulit tadi. Sistem imun bertindak dengan membanteras bendasing yang memasuki tubuh, kemudian kulit akan menyembuhkan luka.
- Jika digigit nyamuk, kulit akan menjadi sedikit merah dan bengkak, kemudian menjadi gatal. Itu juga tanda sistem imun sedang berfungsi.
- Setiap hari kita menyedut ribuan germa (bakteria dan virus) di dalam udara. Sistem imun bertindak memastikan tubuh kita dapat melawan semua germa. Sesekali ada germa yang dapat melepasi sistem imun lantas kita dapat selsema atau flu. Itu tandanya kegagalan sistem imun menghalang germa. Tubuh menyembuh menandakan sistem imun berjaya membanteras germa setelah mempelajari tentang kemasukan bendasing.
- Setiap hari juga kita makan beratus germa, di mana kebanyakannya mati di dalam air liur atau asid di dalam perut. Sesekali juga, ada yang berjaya melepasi sistem imun dan menyebabkan keracunan makanan. Simptom-simptom biasa yang ketara adalah muntah dan cirit-birit.
- Terdapat juga jenis penyakit yang disebabkan sistem imun berfungsi di luar jangkaan atau tidak berfungsi betul yang boleh menimbulkan masalah. Seperti ada orang yang mempunyai alergi. Alergi ini disebabkan oleh sistem imun yang bertindak sedikit berlainan dan merangsangkan sensitiviti tubuh sedikit tinggi untuk sesuatu keadaan sedangkan tubuh orang lain tiada apa-apa tindakan. Setengah orang mempunyai diabetes, yang disebabkan oleh sistem imun diluar jangkaan bertindak menyerang dan memusnahkan sel-sel di dalam pankreas. Setengah orang mempunyai rheumatoid arthritis (radang sendi) yang disebabkan oleh sistem imun bertindak diluar jangkaan di dalam sendi. Kebanyakan penyakit yang berbeza disebabkan sistem imun yang bertindak diluar jangkaan.
- Akhir sekali, kita dapat lihat kegagalan sistem imun selepas proses pemindahan organ di mana sistem imun tubuh itu sama sekali menolak organ baru.
Interferon
Interferon adalah protein yang dibina dan dilepaskan oleh sel hos yang bertindakbalas semasa kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit dan sel kanser. Ia membenarkan komunikasi antara sel supaya mencetuskan pertahanan dan pencegahan oleh sistem imun untuk membasmi patogen atau tumor.
NutriFeron™ Shaklee
Adalah inteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa. Ia dihasilkan daripada ekstrak 4 tumbuhan :
- Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata) - mendorong pengeluaran interferon
- Biji Plantago (Plantage asiatica) - merangsang sistem imun
- Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) - mendorong pembangunan makrofaj (sejenis sel darah putih)
- Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) - digunakan dalam perubatan Asia.
Kenapa mesti memilih NutriFeron™ Shaklee?
Ia membantu meningkatkan kadar interferon di dalam badan secara semulajadi.
Ia dihasilkan oleh Dr. Yasuhiko Kojima, pakar imunisasi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954.
NutriFeron™ Shaklee telah dijalankan ujian klinikal kepada manusia. Ia terbukti berkesan dan mampu meningkatkan kekuatan sistem imun.
Hanya Shaklee memegang paten bagi sebatian semulajadi NutriFeron™ Shaklee.
NutriFeron™ Shaklee dibuat daripada piawaian kualiti yang terbaik.
NutriFeron™ Shaklee sesuai untuk :
- Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
- Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
- Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
- Mereka yang sering mengembara dan kerap ke luar negara.
- Mereka yang sering stress.
- Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
- Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan.
- Mereka yang mempunyai alergi dan ekzema.
Pengambilan NutriFeron™ Shaklee
1 paket setiap hari, samada tuang terus ke dalam mulut atau dicampurkan ke dalam air suam.
Jika untuk rawatan influenza atau kanser, 2-3 paket setiap hari.
Lebih optimum dengan pengambilan Sustained Release Vita-C Plus™.
Satu kotak mempunyai 30 paket x 1.2g, boleh tahan dalam 1 bulan hingga 1 setengah bulan. Harga pasaran ialah RM181. Tapi saya menawarkan bayaran bajet. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut juga untuk mendapatkan konsultasi percuma.
Sherli Rosley
Shaklee ID : 1096554
80sherli@gmail.com
019 386 6220
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
(TIADA PENYAKIT YANG ALLAH JADIKAN YANG TIADA UBATNYA - RIWAYAT OLEH ABU HURAIRAH)
No comments:
Post a Comment