Vitamin C (Ascorbic acid; Dehydroascorbic acid)
Vitamin C adalah vitamin larut air. Ia merupakan satu keperluan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Vitamin larut air bermaksud kandungannya mudah terurai di dalam air. Badan hanya menyerap amaun yang perlu sahaja untuk satu-satu masa. Vitamin yang berlebihan yang tidak diserap oleh badan akan dibuang melalui air kencing. Disebabkan badan tidak menyimpan vitamin C untuk kegunaan kemudian, maka bekalan Vitamin C yang berterusan diperlukann di dalam diet harian.
Fungsi Vitamin C
Diperlukan untuk pertumbuhan dan membaiki tisu-tisu badan (membentuk protein penting yang diperlukan untuk kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah, menyembuhkan luka, membaiki dan menyihatkan tulang dan gigi).
Sebagai anti-oksida, iaitu nutrien yang menghalang kerosakan oleh radikal bebas. Radikal bebas terjadi semasa badan memproses makanan atau akibat pendedahan kepada asap rokok atau radiasi. Radikal bebas yang terkumpul boleh mempercepatkan proses penuaan. Ia juga memainkan peranan penyebab kepada kanser, sakit jantung dan artritis.
Badan tidak dapat menghasilkan Vitamin C dan tidak menyimpannya sebagai bekalan. Jadi, pengambilan Vitamin C sangat penting.
Kajian mendapati Vitamin C tidak dapat mengelakkan risiko badan dari dijangkiti oleh selsema. Tetapi, bekalan Vitamin C yang sentiasa mencukupi di dalam badan dapat memendekkan tempoh jangkitan selsema. Pengambilan Vitamin C selepas dijangkiti selsema sebenarnya tidak membawa apa-apa perubahan ke atas simtom.
Sumber Vitamin C
Kebanyakan buah dan sayur mengandungi Vitamin C.
Buah-buahan yang paling tinggi kandungan Vitamin C adalah :
- Tembikai susu (cantaloupe)
- Buah dan jus sitrus seperti oren dan anggur
- Buah kiwiKiwi fruit
- Mangga
- Betik
- Nenas
- Strawberi, raspberi, blueberi, cranberi
- Tembikai
Sayur-sayuram yang mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi :
- Brokoli, kobis bunga (termasuk brussels sprouts)
- Lada merah dan hijau
- Bayam, kobis, lobak dan sayuran hijau
- Kentang manis dan putihSweet and white potatoes
- Tomato dan jus tomatoTomatoes and tomato juice
- Labu
Sesetengah produk makanan ditambah dengan kandungan Vitamin C seperti yang tercetak pada bungkusannya.
Memasak atau menyimpan makanan dalam tempoh yang lama mengurangkan kandungan Vitamin C. Memasak cara ketuhar atau stim dapat mengurangkan kehilangannya. Tetapi, sumber makanan yang mentah lebih tinggi kandungan pengambilan Vitamin C.
Kesan kekurangan Vitamin C
- Skurvi
- Anemia
- Gusi berdarah
- Tidak dapat melawan jangkitan
- Proses penyembuhan luka yang lambat
- Rambut kering dan bercabang
- Mudah lebam
- Gingivitis (radang gusi)
- Hidung berdarah
- Metabolisma yang rendah
- Kulit kasar, kering dan bersisik
- Sakit sendi
- Enamel gigi yang lemah
Siapa yang memerlukan Vitamin C?
Perokok - kerana 1 batang rokok boleh melupuskan 50-100mg Vitamin C
Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.
Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vitamin C dan mengakibatkan pengurangan Vitamin C dalam badan dengan cepat.
Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau ekzema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vitamin C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.
Kenapa pilih Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee berbanding produk lain?
Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee BUKAN vitamin sintetik.
Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee bersifat 'Sustained Release' - Apabila mengambil Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee (500mg), kandungannya berterusan lebih kurang selama 5 jam. Ini adalah kerana, Vitamin C akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam.
1 tablet Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee mempunyai bioflavonoids - Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Tahukah anda?
Bioflavonoids bertindak bersama-sama dengan Vitamin C untuk membantu mengekalkan dinding nipis kapilari. Oleh itu ianya boleh membantu untuk mencegah pendarahan atau lebam. Bioflavonoids juga telah dikaitkan mempunyai kesan antibakteria, menggalakkan peredaran darah, mengekalkan tahap kolesterol yang sihat dan kesihatan penglihatan, malah membantu dengan melawan alahan, asthma dan lain-lain.
Bioflavonoids juga berkesan digunakan dalam rawatan kecederaan sukan kerana dapat melegakan kesakitan, jjuga boleh digunakan untuk melegakan sakit kaki dan sakit belakang.

1 botol Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee mempunyai 180 biji dan tahan selama 6 bulan!
Harga pasaran untuk 1 botol Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee ialah RM92.50 bersamaan 50sen untuk sebiji (1 hari = 50sen). Jom sihat dengan Sustained Release Vita-C Plus™ Shaklee!
Sherli Rosley
Shaklee ID : 1096554
80sherli@gmail.com
019 386 6220
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
(TIADA PENYAKIT YANG ALLAH JADIKAN YANG TIADA UBATNYA - RIWAYAT OLEH ABU HURAIRAH)
No comments:
Post a Comment