Bawang Putih Tak Bau Mulut... Garlic Shaklee

Garlic (Bawang Putih)


Bawang putih adalah sejenis herba. Siapa yang tak kenal bawang putih kan? Rajin masak atau tidak, sudah berzaman kebanyakannya tahu bawang putih digunakan sebagai antara penambah perisa di dalam masakan. Penemuan terbaru pula menunjukkan bawang putih digunakan di dalam perubatan untuk mencegah atau merawat beberapa penyakit. 

Tahukah anda, faedah kesihatan dari bawang putih dapat ditingkatkan dengan membiarkan bawang putih yang sudah dikupas kulit terdedah lebihkurang 5-10 minit selepas ia dihiris atau diketuk? Jika bawang putih yang telah dihiris/diketuk tadi terdedah seketika sebelum ia mengalami perubahan suhu (melalui masakan) atau perubahan pH (melalui perasa tambahan berasid seperti perahan limau), ia dapat memberi peluang enzim alliinase di dalam bawang berfungsi memberi faedah untuk kesihatan.


Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa tanpa menghiris/mengetuk bawang putih, tetapi terus dimasak di dalam ketuhar gelombang selama 60 saat, boleh mengurangkan keberkesanan kandungan pelindung kanser di dalamnya. Begitu juga jika terus dididihkan di dalam air panas atau terus dikenakan perasa tambahan berasid seperti perahan jus limau.


Fungsi Bawang Putih

Kekuatan fungsi bawang putih terletak pada baunya. Tahukah anda bau bawang putih yang kuat itu berpunca dari kandungan sulfur di dalam bawang putih? Salah satu kandungan sulfur yang berguna untuk kesihatan manusia ialah Allicin.


Allicin bagus untuk : 
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak 
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang 
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi 
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air 
  • Bantu rawat asthma 

Khasiat bawang putih untuk kesihatan : 
  • Membantu menambahkan berat bayi semasa di dalam kandungan. Tapi, tak perlu ambil bawang putih jika keturunan bayi memang besar di dalam kandungan. 
  • Membantu menguatkan sistem imun, jangkitan paru-paru, batuk dan berkahak. 
  • Mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang boleh membantu merawat hypertiroid. 
  • Membantu mengelakkan mati pucuk (impotency). 
  • Membantu mengurangkan kebarangkalian kena penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung. 
  • Membantu merawat jangkitan fungi dan bakteria di vagina. 
  • Merupakan sumber vitamin B6 yang sangat diperlukan untuk meningkatkan tahap sistem imun dan sangat effisyen dalam pembesaran sel-sel baru. B6 juga membantu “mood swings” yang menggalakkan lagi kita ceria! 
  • Membantu merawat dan mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser prostat, kanser payudara, kanser usus dan kanser perut. 
  • Membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula di dalam darah dimana ia meningkatkan kandungan insulin. 

Kenapa pilih Garlic Shaklee berbanding produk lain?
  • Pengekalan 100% Allicin aktif.
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau Garlic Shaklee.
  • Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic Shaklee dan meningkatkan keberkesanan Garlic Shaklee dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Cara Pengambilan Garlic Shaklee Yang Berkesan
  • Untuk kesihatan biasa : 2 biji sehari selepas makan
  • Untuk radang/alergi : 2 biji 2 kali sehari
  • Untuk kanser/darah tinggi : 2 biji 2-3 kali sehari
(Macam biasa jarakkan pengambilan dengan kafein dan air berkarbonat)


1 botol Garlic Shaklee mempunyai 60 biji dan tahan selama 1-2 bulan (bergantung pada pengambilan)! Harga pasaran untuk 1 botol Garlic Shaklee ialah RM47.50 bersamaan lebihkurang 80sen untuk sebiji. Tak semua khasiat bawang putih kita dapat melalui masakan dan makanan kita kerana khasiatnya rapuh dan mudah musnah dengan suhu tinggi, tapi khasiat Garlic Shaklee serupa kekah bawang putih mentah tanpa bau!

Sherli Rosley
Shaklee ID : 1096554
80sherli@gmail.com
019 386 6220

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

(TIADA PENYAKIT YANG ALLAH JADIKAN YANG TIADA UBATNYA - RIWAYAT OLEH ABU HURAIRAH)

No comments:

Post a Comment