Set Hamil Shaklee Paling Bajet : Vitamin B-Complex dan Kehamilan



Amalan pemakanan seimbang sangat penting didalam kehidupan seharian kita. Disiplin ini juga membantu semasa proses kehamilan dimana ia mempengaruhi kesihatan bayi semasa dan selepas kehamilan. Pastikan para ibu tidak terlepas temujanji dengan doktor untuk memantau tahap kesihatan ibu dan bayi didalam kandungan. Yang paling penting, para ibu dapat berbincang dengan pakar tentang amalan pemakan dan supplemen.



Risau badan ibu-ibu cepat kepenatan, sedangkan dah biasa tidak duduk diam dan bergerak aktif. Ada juga yang risaukan berat badan mendadak naik jika melayan penat dan duduk diam. Ada juga yang risau kandungan akan terjejas jika terlalu aktif bergerak atau bersukan. Kekadang emosi ibu serasa tidak stabil, kejap-kejap macam nak marah disebabkan stress. Apa kata kita jenguk sedikit sahaja kisah-kisah menarik di dalam Vitamin B-Complex yang merupakan salah satu supplemen didalam Set Hamil Shaklee.



Vitamin B-Complex : Ia mengandungi kesemua jenis vitamin B yang penting seperti B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12. Kesemua vitamin B ini perlu diambil secara kompleks kerana ia berfungsi dengan lebih berkesan secara sinergi bersama-sama. Kekurangan satu boleh menyebabkan yang lain tidak berfungsi secara efektif.


Trimester pertama dan ketiga boleh membuatkan para ibu berasa penat. Hampir 24 jam para ibu bekerja tidak kira samada bekerja di rumah atau di pejabat. Ibu yang sudah biasa bergerak aktif akan terasa perubahan kepenatan ini. Pengambilan Vitamin B-Complex dapat membantu meningkatkan tenaga ibu, menstabilkan emosi ibu, mengelakkan tekanan juga membantu didalam perkembangan sistem saraf bayi didalam kandungan. Pengambilan Vitamin B-Complex sangat digalakkan pada waktu awal pagi selepas sarapan supaya dapat ditukar kepada tenaga untuk digunakan didalam aktiviti seharian. Bersukan juga digalakkan semasa hamil asalkan tidak memberi tekanan ke atas kandungan, bak kata orang “listen to your body”. Sukan yang sesuai diamalkan adalah berjalan/jogging dan berenang. Ia sebenarnya agak membantu memudahkan proses bersalin kelak, juga memudahkan proses mengurangkan berat badan selepas bersalin. Ini pengalaman sendiri juga kerana saya jenis yang aktif.





Jenis : Vitamin B1 (thiamin or thiamine), vitamin B3 (niacin) and vitamin B12 (cobalamin) diperlukan untuk perkembangan organ-organ, sistem saraf dan otak bayi. Vitamin B2 (riboflavin) membantu bayi untuk membesar. Vitamin B5 (pantothenic acid) juga membantu bayi untuk membesar, malahan membantu mengelakkan ibu menghidapi anemia atau kekurangan darah. Vitamin B6 (pyridoxine) membantu mengelakkan keguguran atau kecacatan kelahiran serta membantu mengurangkan mabuk semasa hamil secara tidak langsung membantu menstabilkan emosi. Vitamin B9 (asid folik atau folate) membantu mengelakkan sesetengah kes kecacatan kelahiran.



Mabuk : Biasanya kita akan sebut morning sickness. Bermacam cara biasanya para ibu akan buat untuk menghilangkan simptom ini. Ada yang boleh dihilangkan dengan jeruk. Menurut kajian oleh American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), vitamin B6 berkesan dalam mengurang mabuk dan muntah semasa hamil.



Konsepsi dan Keguguran : Menurut kajian klinikal pada 2007, pengkaji Ronnenberg et al. mendapati bahawa wanita yang kekurangan vitamin B6 agak susah untuk hamil dan kemungkinan untuk mereka mengalami keguguran agak tinggi jika didapati hamil pula. Kajian yang diterbitkan didalam "American Journal of Epidemiology”, adalah melalui kajian ke atas lebih 300 wanita China selama lebih setahun.



Kegagalan Fungsi Jantung : Kekurangan pengambilan vitamin B12 oleh bakal ibu yang mempunyai genetik penyakit jantung sebelum dan semasa hamil boleh meningkatkan kemungkinan untuk bayi menghidapi kegagalan fungsi jantung, menurut kajian di dalam jurnal "Molecular Genetics and Metabolism” pada tahun 2008. Pengkaji Verkleij-Hagoort et al. telah menjalankan kajian ke atas 400 orang kanak-kanak dan ibu mereka.


Asid Folik : Centers for Disease Control (CDC) mencadangkan kepada wanita yang bercadang untuk hamil supaya mengambil 400mcg asid folik sehari sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil. CDC mengatakan bahawa para ibu dapat mengurangkan risiko bayi yang belum lahir menghidapi kecacatan kelahiran yang berkaitan dengan tulang belakang dan otak sebanyak 50 hingga 70 peratus. Memandangkan kehamilan tidak dapat dirancang seperti kita merancang untuk makan jam 1 tengahari, para ibu yang hamil sangat digalakkan untuk mengambil asid folik yang mencukupi setiap hari.



Peringatan pengambilan supplemen : Tidak dinafikan Vitamin B-Complex sangat penting untuk kesihatan ibu hamil dan bayi. Kebanyakan Vitamin B-Complex ini boleh didapati di dalam diet pemakanan seimbang seharian kecuali B6, B12 dan asid folik. Perlu diingatkan juga bahawa amatlah berbahaya jika sesiapa pun mengambil amaun vitamin yang berlebihan dari keperluan badan. Contohnya, vitamin B3 yang berlebihan semasa trimester pertama boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.




Banyak juga kisah-kisah Vitamin B-Complex ini yang boleh diambil iktibar. Berbincanglah dengan doktor dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan para ibu dan bayi semasa proses kehamilan anda. Saya di sini menyediakan konsultasi tambahan sahaja. Serasa mahu berborak lagi mengenai Vitamin B-Complex, boleh hubungi saya. Nama sahaja Set Hamil Shaklee, yang bukan hamil pun boleh juga menggunakan mana-mana supplemen ini. Hubungi saya untuk mendapatkan harga menarik bagi Set Hamil Shaklee.




Harga untuk Set Hamil Shaklee boleh dirunding lagi mengikut kemampuan ibu-ibu! Cara pengambilan setiap suplemen juga boleh dibincang bersama.



Sherli Rosley
Shaklee ID : 1096554
80sherli@gmail.com
019 386 6220

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

(TIADA PENYAKIT YANG ALLAH JADIKAN YANG TIADA UBATNYA - RIWAYAT OLEH ABU HURAIRAH)

No comments:

Post a Comment